Want your
own Fotopage?








 


By: ryan dan amin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 16-Jul-2008 15:26 Email | Share | | Bookmark
Amin Oooh amin..

 
Try aquarium swing di Manjaku, bangi
Senyum sambut abba balik keje
Ni nampak penumbuk ni? eleyy.. ummi tak takot pon.. hehe
tengah layan mata nak tido
tak sempat nak sarong stoking,.. abba tak sabo captured gambo..
 


Banyak benda yang nak diceritakan pasal chahaya hati saya yang sorang tu. umurnya telah genap 5 bln pada 10 Julai 2008 hari tu.. selamat hari lahir anak ummi.. mudah2an Allah memberkati hidupmu, membesarlah menjadi seorang anak yang sihat, cergas, cerdas akal dan fikiran,.. membesar menjadi anak yang soleh yang taat dengan segala perintah Allah dan Rasul dan segala perintah Abba dan Ummi... ammmiiinn. bulan ni tak der present la yea.. dah banyak sangat la present untuk amin. nak sambut kelahiran dia sahaja, saya dan suami berhabis banyak RM$$. almaklum aja. anak sulung. semua nak disediakan. yang tak berapa penting dikira penting. hujung cerita baru la rasa "mm..benda tu tak beli awal2 pun tak pe"... sambutan usia yang ke 3 bulan dibelikan buaian baru. bukan 1 tapi 2. kat rumah pengasuh dia minta 1 buaian. senang la sket. tak der la teraniaya lagi amin lepas ni. dengan toys la.. dengan segala macam la.. semua untuk siapa? semua untuk Muhammad Danish Amin tu leee... anak kesayangan abba. tak boleh la dia nak 'eeekkk' sket. kalau dalam buaian tu, abba dialah yang rajin bebenor nak melayan. kita ni? sebuk nak buat itu ini. rasanya kalau tinggal sekejap pun tak pe lagi la kut. takkan nak ngadaap aja. maunyer tak siap satu keje pun.

tapi, satu perkara yang saya belajar darinya.. dari amin. sekecil-kecil itu pun dah pandai nak demanding. kenapa saya kata gitu? banyak kali peristiwa terjadi. agaknya saya terlalu berkeras dengannya. asik terjaga dari tidur minta susu botol dan susu badan. saya berikan. tak mau tido. saya tepuk punggung dia sebagai tanda saya marah. sangka saya, dia akan faham dengan signal itu. Ya! dia memang faham. bukan nyer dia akan tidur seperti yang saya arahkan. tapi, jerit pekik bertambah kuat. panik dan keliru saya akhirnya. kaedah kedua saya aplikasikan padanya. pujuk dan puji berlembut bahasa dan tangan tidak lagi tepuk punggungnya.. saya usap bahunya.. saya usap dahinya.. berbicara lembut ala-ala memujuk.. bersembang-sembang dengannya.. apa yang saya mahu darinya.. alhamdulillah dia turut kata.


amin kalau ngan abba dia akan senyap.. biarpun ngantuk.. biarpun lapaq... tapi, reaksi? zerooo... senyum tidak.. ketawa pun tidak.. itu signal pertama yang dia need sumting..

tapi,...


kalau ngan ummi dia.. dan dan tu le dia akan merengek.. lonjak-lonjak... kalau boleh cakap agaknya, entah-entah dia terjerit-jerit "nak pek.. nak pek".. hehe .. itu la putera kami.. banyak benar dia nyer songel..

* kesimpulan yang boleh saya buat dari segala peristiwa ini, benar-benar merubah tanggapan saya! untuk mendidik bukan perlu tunggu sehingga dia pandai bercakap. dalam keadaan begini, rupenyer dia memang sudah mengerti. kadang-kadang tu, yang buat saya rasa lucu.. saya beri isyarat susu badan padanya kala itu jugalah dia akan tersenyum-senyum dan lonjak-lonjakkan kaki dan tangannya... mulut dia? terkumit-kumit seolah-olah sedang nyusu. lawak dan geli hati. tapi, jangan main-main. akhirnya nanti dia akan jerit kuat2.. nak pujuk pun dia dah tak layan dah.. dia sangka kita tipu dia. jangan main-main kuat merajuk tu. tapi saja tak nak layan.. nanti lagi besar, lagi tinggi demand dia.. hehe


juz untuk note aja.. sekarang ni dia dah pandai mengereng dan menyiarap. tapi bila dah menyiarap tak boleh nak terlentang semula, berat agaknya. hehe... dan pada 14 Julai 2008, petang masa tengah drive lepas amik dari umah makcik, dia berleter sensorang... "ba..ba..ba..". eh dah bercakap ke. sangka saya pada mulanya mungkin ianya kebetulan.. tapi bila kat umah saya ajuk semula "ba..ba..ba" dia senyum. (mood baik, perut dah kenyang agaknya.. baru bangun tido kat umah makcik la tu). kemudian pagi esok masa tengah bersiap nak g keje.. again and again dia repeat word tu "ba..ba..ba"... dengan bersungguh-sungguh lafazkan kali ni.. hehe.. anak ummi dah pandai cakap... tapi tak reti sebut benda lain lagi.. ok la progress dia setakat ari ni.

wah....dah besar dah baby boy yan! Tak dapek nengok live nengok gambo dlm fp pun jadik ler...hug and kisses buat baby amin! Muahhhzzzz.... Sat 26-Jul-2008 07:33
Posted by:c.zue
huhu.. maceh le coz drop by... big HugS untuk kakak dina ... lama tul tak jumpa.. sembang sumbing.. 'bergosipan' tang orang itu orang ini.. c.zue wat gapo skrg? kija dah ko? Sun 27-Jul-2008 09:17
Posted by:yan nur_bayan@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 08:35 Email | Share | | Bookmark
Kesian dia.. sakit mata

tok dan amin
nenek, abang danial, tok dan amin
mata kanan yang bengkak kemerahan
amin dan abba
tak der mood nak senyum.. tp tengok tahi mata dah kurang sket
esoknya dah sihat sepenuhnya. senyum aja bila abba dukung dia..
Entry ni dibuat sempena amin yang terkena sakit mata... kesian yang teramat sangat.. biasanya orang tua.. tak kira la siapa yang pernah kene sakit mata ni tau la azabnya. pedih yang tak tahu punca.. dah tu rimas sebab mata kita berair aja sepanjang masa... dah tu bertahi pulak... silap2 mata pun boleh melekat.

sama la kisah nyer dengan amin. seawal pagi mata dia dah merah. sangka saya air mandi termasuk ke dalam mata. tapi mata merah di sebelah kanan itu lama kelamaan ia berair dan dalam selang masa tak sampai pun 3 jam, mata amin dah bertahi. Sah! sakit mata.

ummi dan abba, punya lah naive, siap boleh bawak amin g jenjalan sampai ke rumah nenek. kita g anto tok separuh jalan. balik tu, ummi dan abba bawak amin singgah kat klinik ibu dan anak di taman melawati. doktor kasik ubat titik. balik tu, boleh pulak kita singgah kat taman di presint diplomatik tu.. huhu.. ummi tau amin tersangatlah tak selesa.. tapi kalau dah kaki jalan tu... kaki jalan jugak lah.. dalam tak sihat tu.. amin dok diam jerk... on the way balik pun amin diam.. kesian pulak..

gambor yang ummi captured masa kita kat taman presint diplomatik...



esoknya (isnin)..mata amin dah sihat sepenuhnya.. alhamdulillah anak ummi dah sihat. ummi telefon makcik tanya- makcik cakap amin dah baik dahh.. siap boleh lepak depan tv ngan kak jannah.. hehe

Care to comment?


Saturday, 14-Jun-2008 03:09 Email | Share | | Bookmark
Majlis Aqeqah dan Cukur Jambul - Muhammad Danish Amin b. Rosli

 
 
 
View all 9 photos...
Lamaaa sangat rasanya saya tak login fotopages sendiri. thread yang ada pun dalam mode private, termasuklah thread yang satu ni. malas melanda.. huhu. tak der idea dan banyak alasan lain lagi. selalunya kalu browsingpun, fotopages teman-teman. membaca ruangan forum itu ini, menyingkap tabir rezeki kot-kot la ada peluang berbisnes. hehe.. cita-cita tinggi menggunung bagi membantu menaiktaraf ekonomi keluarga. dalam erti kata lain membantu orang tu apa-apa yang patut. bukan hanya reti membuat pengeluaran dan bayaran itu ini menggunakan hasil titik peluh orang tu, tetapi juga reti nak menambahbaik apa-apa yang kurang, bahasa lain yang mudah... belanja berhemah.

MAJLIS AQEQAH DAN CUKUR JAMBUL
MUHAMMAD DANISH AMIN B. ROSLI & NASRUL HANIFF B. ROZAIDI


Majlis yang dirancang berbulan-bulan lamanya akhirnya menjadi nyata. Perancangan awal dan tarikh juga dah dipilih 7 Jun 2008 tertunda lagi. kecewa dan sakit ati apabila saya tahu punca ianya terpaksa ditunda. hmm,.. apa nak buat kita pun sekadar merancang kan. mahu tak mahu, seminggu kemudian yakni 14 Jun 2008... ianya terlaksana dengan meriah la jugak... mujur tak hujan. bukan apa. khemah yang dibentang tak dapat nak menampung jumlah tetamu yang datang .. kalaulah hujan! alhamdulillah! majlis bermula dengan Marhaban dan Berzanji dari kumpulan lelaki yang diketuai oleh En. Aziz sendiri. Dia lah juga yang menjadi wakil di dalam majlis pertunangan saya dan dia lah juga yang bersusah payah menjadi ketua penanggah di majlis pernikahan dan persandingan saya dan suami.. terima kasih banyak! sebab tanpanya, terasa seolah majlis itu tidak sempurna. dia ibarat pakcik sendiri. sedangkan pakcik yang sememangnya wali saya sendiri pun tidak bertindak sama sepertinya!!

Lama juga laguan berzanji itu berlangsung. amin seronok di pangkuan abba dia. belum pun mula lagi.. dia dah dilarikan ke tengah padang (tempat khemah didirikan).. sedangkan Haniff (sepupu yang together-gether ngan amin untuk cukur jambul) masih dalam rumah. hehe...

Bermula pukul 10.15pagi, sehingga la lebih kurang pukul 12.00 tengahari marhaban dilagukan. akhirnya rambut yang hanya tinggal beberapa helai di kepala amin menjadi tujahan gunting dari para jemputan. alhamdulillah segalanya lancar. amin pun tak nangis. tak macam sepupu dia. apa tak nya. haniff menangis bukan sebab gayat. bukan juga sebab takut kan gunting. bukan juga sebab sayangkan rambut dia yang hensem tu dicantas,.. tapi sebab tidur dia diganggu. bayangkan...tengah tidur di angkat mengelilingi jemaah yang hadir. mana tak melalak budak tu. susu kat mulut pun tak kering lagi...tup2 dah dibawa untuk jalan keliling...

Jemputan yang memenuhi ruang makan semuanya dari kejiranan itu juga. kawan-kawan along juga ramai yang datang. yang menyedihkan, tak der sorangpun member dari aadk yang datang merai. ralat sangat. dah la masa kita kawen dulupun tak der yang datang. ok lagi la. sebab ada famili day. time gini pun tak der orang yang datang. hmm.. apa nak buat. orang tak sudi datang merai hari gembira kita. apa2pun tetap bersyukur sebab semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan.




dalam buaian, amin diam aja.. seronok agaknya bila dengar marhaban dan berzanji. selalunya dia memang gini, suka tengok jari sendiri dan seolah mengira-ngira. kira apa tu... kira umur ke? hehe.. kata abba dia lambat benor amin ni nak besor.. nak buat main dan gurau-gurau.


pose dengan buai amin. syidah ngan ayah yang kerjakan.


chahaya hati kami, chahaya hidup kami Muhammad Danish Amin B. Rosli




Care to comment?


Wednesday, 23-Apr-2008 05:43 Email | Share | | Bookmark
Refresh..

baby amin n mr tiger... hehe
oops... you are under arrest
buah ati kami...
View all 6 photos...
Lama betul saya tak update. Saya dah mula kerja pada 14 April lalu. Sibuk dengan segala macam perkara yang membuatkan saya tak sempat nak update fotopages sendiri. Seminggu dah berlalu. Dan dalam masa seminggu ini jugalah banyak hal yang berlaku dan saya sendiri dah tak ingat untuk catitkan kat sini. Tapi apa yang paling tak boleh saya lupakan adalah masalah buang air besar baby amin. bayangkan dari hari isnin saya mula kerja sehinggalah hari khamis dia tak buang air besar. risau punya pasal, saya pakat ngan mak, bawak dia ke klinik Lita Alis kat presint 8. doktor yang bertugas masa tu pun buntu. tak tahu nak buat apa. apa tak nya, masa saya ceritaka masalah amin pada doktor, dia hanya senyum pada doktor. aduhai anak ummi.. kenapa la ngan awak ni.. yang buat saya ikut sama buntu, dia tak meragam, dan masa tidur pun dia nyenyak asal saja pampers dia kering dan perut dia kenyang. tak paham kenapa... akhirnya doktor bekalkan ubat lawas untuk dia.

jumaat - 18 april 2008..
baby amin masih tak buang air besar lagi.. kenapa yea.. aduhai.. saya dalam perjalanan ke manjaku bangi.. nak beli 'grape water' (tatau la betul eja ke tak) sebab akhirnya memang tak jadi belipun. saya akhirnya singgah kat susuibu.com.. bertanyakan soal amin pada salah sorang kaunselor.. Pn Kamariah.. katanya kalau baby 100% menyusu dengan susu ibu, kemungkinan untuknya buang air besar 3-4 hari sekali adalah tinggi.. tetapi memandangkan baby amin saya campurkan dengan susu formula.. pn kamariah sendiri kurang pasti kenapa... saya tetap berikan baby amin ubat lawas yang doktor bekalkan..

sabtu - 19 april 2008
lebih kurang jam 9pagi.. akhirnya baby amin berjaya buang air besar... syukurnya saya jangan nak cakap laa... huhu... tapi tengokkan kepayahan dia meneran buatkan saya insaf.. mungkin ada sesuatu yang saya makan yang tak serasi dengannnya.

beberapa picture yang baru saya load... sori kalu quality tak mengagumkan... almaklum aja.. kamera fon yang patutnya dah disimpan dalam arkib negara.. keh keh keh..



Yan...tak aciiiii... c bg th ada fp.... dah lm lak tu.... i miss u so much... alahai... kejap je anak dah bujang... wawa tgh tunggu ari... anytime je ni... doakan wawa ye... Wed 28-May-2008 09:25
Posted by:Wada  - [Link]
huhu... maceh le coz drop by. ni dah tau ni rerajin le mai bekunjung.. me also miss u So MuCh!! hingat nak singgah umah g tengok orang baru awak tu.. tp tatau le bilerrrr..... Sat 19-Jul-2008 00:12
Posted by:yan  - [Link]
Add comment


Wednesday, 2-Apr-2008 08:08 Email | Share | | Bookmark
Welcome aboard to Nasrul Hanif b. Rozaidi



Sepatutnya saya update entry ni pada 31 Mac 2008. tarikh yang sama pada pukul 4.40pm, baby amin dapat adik sepupu. wahaha! jadi abang amin la pulak. hm.. alhamdulillah kak lia selamat melahirkan baby hanif dengan selamat. rezeki sungguh!! ketiga-tiga anaknya dilahirkan normal. berat baby hanif 3.70kg.

anyway.. congratulations to my along n kak lia on your new born baby boy.. Nasrul Haniff B. Rozaidi


Care to comment?


Tuesday, 1-Apr-2008 05:45 Email | Share | | Bookmark



sekarang ni pukul 5.00pm. baby tengah tido. bangun sekejap tadi ngopek dlm kul 3.00pm. tengah nangeh beria2 bebudak mentenance plak mengetuk pintu. saya buat report untuk betulkan tombol pintu bilik utama. berlohong lama. tak silap dari bulan puasa. bukan kisah tak mampu nak beli tombol pintu baru. bukan juga kisah tak reti nak pasang tombol pintu tu. tapi, kita hak untuk dapatkan secara percuma, dan pemasangan percuma.. kenapa nak susah2 keluarkan duit dari dompet sendiri... dan susah2 pasang nyakitkan jari..

berbalik kisah baby amin. lama betul dia tido. nyenyak tak bergerak. kalu tidak tu.. nyenyak bergerak2 beralih2 tangan dan kaki. adakala kepala terpusing. pagi-pagi lagi saya dah mandikan dia. abahnya lambat kuar umah ke tempat keje. terus ke HQ di mines. jadinya sibuk melayan baby. makanya juga, baby amin lambat mandi pagi ni. jam 9.30 baru siap dipakaikan baju. baju biru belang hadiah dari auntie yana sekuarga. bersarung tangan dan kaki hadiah dari auntie nora. lain-lain la pulak. terbasuh baju, tertinggalkan stokingnya. wahaha!.. lantak asalkan cantik mata memandang. mengantuk sangat agaknya, sambil temankan abahnya breakfast, tertido di pangkuan.. sendiri. alahai anak ummi. tertidonya baby amin, makanya banyak benda yang saya boleh buat. hari ni perabut dari gedung di damansara sampai. tak berperabut melainkan meja ala-ala jepun masa bujang dulu dan tikar hadiah dari bonda. sekarang ni dah lapang sket. banyak benda dah setel down. barula merasa duduk atas kusyen empuk. kalu tidak tu, naik kematu punggung. nonton tv yang kengkadang ceritanya ntah hapa-hapa.

cerita baby lagi.... jam 3.00pm bebudak mentenance tu datang, baby baru mula melalak. dah serba salah pulak. nak ngopek baby, sapa plak nak bukakkan pintu. nak tak nak, kasik susu formula aja la. mujur dia tak banyak songel. buleh aja susu apapun. habis 2 oz. saja buat sket. nak nyambung ngopek plak. lama dia bergantung ngan kita. lapar sangat agaknya. 5 jam tanpa gangguan dia tido. memang patutpun lapar.

Care to comment?


Monday, 31-Mar-2008 04:53 Email | Share | | Bookmark
baby amin's progress

Puas dok pikir. Apa yang nak ditulis dalam entry kali ni. ada 2 story yang nak dikongsi. hari ni, umo baby amin dah masuk 51 hari. ini bermakna lagi 9 hari, ummi dah terpaksa masuk keje semula. rutin yang selalu kita lakukan bersama- mandi, ngopek, tido, salin pampers n ngamuk bila terasa kegelian kat punggung akibat dari popo n wewe. biarpun pampers tu baru salin, namun bila terasa geli tu baby amin tetap akan ngamuk n nangis. sekarang ni bila time mandi baby dah tak meragam n melonjak2 takutkan air. tatau la kebetulan atau memang dia dah rasa selesa dan rasa selamat bila dimandikan. mula dari buka baju, saya dah bercerita tentang tujuan kenapa dibukakan bajunya. dan bila semua baju dah ditanggalkan, saya terangkan 'selepas ni ummi nak mandikan awak, biar badan bersih dan segar. dan mandi adalah perkara yang menyeronokkan. tak perlu menangis'. serius! dia tak nangis dari mula mukanya di basahkan dengan air... sampailah ke sudah. saya pun rasa kagum! adakah bayi sekecil baby amin dah faham ngan kita. sepanjang mandi tu, saya bercerita lagi,... 'ini mata.. ini telinga... ini molot.. ini idung' dia pandang jer. hehe! i will miss da moments. tapi! bila nak dipakaikan baju, dan bila lambat sket dia mula lah melalak. sejuk agaknya. yang kita ni dok bercerita lagi. aduss.. tu yang tak dapat nak kontrol lagi tu.

one thing... dia dah mula pandai pandang muka kita, bila kita buat bunyi.. panggil nama o tepuk tangan. bila la nak beli toys yang ada bunyi. huhu.. tak berjalan ke mana pun. kalu kuar kalu boleh nak cepat2 balik. dan bila dah sampai umah, baru teringat nak beli toys untuknya. saya perasan dia dah pandai toleh ke arah bunyi ni, bila saya masih dalam pantang lagi. dlm minggu ke 6 tak silap. saya try guna kunci dan panggil nama dia... dia toleh. kalau sekali, maybe kebetulan, tapi acapkali. bila clap hands pun dia toleh jugak.

Care to comment?


Sunday, 10-Feb-2008 06:01 Email | Share | | Bookmark
Kelahiran yang dinanti

hari ke3.. baru sampai umah nenek
 
suka betul pose yang satu ni...
View all 10 photos...
Tanggal 10 Februari 2008

Seorang bayi lelaki dengan berat 2.8kg telah selamat dilahirkan. Saya seolah tak percaya, bahawa tangisan pertama dari bayi itu adalah chahaya mata saya sendiri. Ah! Dah jadi ibu rupanya. Perasaan yang pertama kali hadir dalam diri adalah rasa terharu dan bersyukur. Kalau dulu saya asyik meraikan hari bahagia teman-teman dan saudara mara ketika menepung tawar di pentas pelaminan, alhamdulillah Yang Esa telah mengizinkan saya lalui dan rasainya. Dan,.. kalau dulu saya asyik meraikan dan menumpang gembira dan bahagia teman-teman dan saudara mara di saat mereka menimang cahaya mata, akhirnya kini giliran saya pula tiba. Betapa besar anugerah Yang Esa kerana berkat doa dan munajat ramai pihak termasuk mak ayah dan diri sendiri, segala apa yang 'mereka' rasai dan lalui, kini menjadi realiti buat saya.

Hanya 'ter'cepat sehari! Pernah juga menanam angan dalam hati, ingin melahirkan pada tanggal 11 Februari. Itu tarikh keramat buat saya dan suami. Kerana pada tarikh itu setahun yang lalu, kami ditunangkan. Walau apapun dan tak kira bila tarikhnya, bayi lelaki ini telah menjadi pelengkap hidup kami. Waris kami. Tanggungjawab dan amanah yang terlalu besar untuk kami pikul dan laksanakan. Namun saya percaya dengan sedikit kesabaran dan tolak ansur serta saling membantu bagi meringankan yang berat antara kami suami isteri ... tanggungjawab dan amanah bagi mendidik anak ini akan terlaksana. InsyAllah!! Dan... memang itulah impian dan harapan setiap orang yang bergelar ayah dan ibu.

Menghimbau kembali pada tarikh 10 Februari 2008


Sakit yang bermula pada pukul 3.30 pagi yang saya sangka sakit perut biasa rupa-rupanya petanda awal baby sedang gelisah dan tak sabar nak menjenguk dunia luar yang luas. Sakit itu berulang-ulang setiap 1 jam. Sehinggalah pada pukul 12 tengahari, 'tanda' dengan jelas dapat saya kesan. Cuba untuk tidak panik. Teringat pesan kak lia. Teringat pesan mak. Selagi sakit masih belum kerap setiap 30 minit atau 15 minit sekali, selagi itulah JANGAN ke hospital. Selepas solat zuhur, saya dan suami ke alamanda. Mengingatkan itu adalah hari terakhir sebelum bermulanya episod berpantang yang memang dan tentu tak boleh nak makan sesuka hati, saya mengajak suami singgah di Johnnies. Sesekali sakit masih terasa.

Dipendekkan cerita, selesai solat maghrib di rumah Kak Geena dan berbekalkan air milo panas dan 2 biji telur sebagai alas perut, saya dan suami ke hospital putrajaya. Seingat saya, pukul 8.25pm kami tiba. Segala prosedur biasa dilalui.

Jam di dinding dewan bedah tepat pukul 10.23pm. Saya dapat lihat dengan jelas bagaimana perut ini dibedah sehinggalah tepat pukul 10.44pm, dengan jelas juga saya dapat mendengar tangisan pertama baby saya. Mungkin dek kerana darah yang terlalu banyak keluar dan kerana suhu di dewan bedah yang sejuk mencucuk saya menggigil dan sesekali mata terpejam. Tapi hati kuat menggalakkan agar terus sedar, kerana saya ingin sekali melihat baby saya buat pertama kalinya. Selepas dibersihkan dia dibawa dekat dengan saya dan ciuman sulung telah saya hadiahkan di pipi kirinya. Perasaan terharu tak dapat dibendung. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas anugerah dan hadiah ini.

Muhammad Danish Amin, ummi dan abba sayangkan awak. Mudah2an awak membesar dengan sihat, cergas dan cerdas, menjadi seorang anak yang soleh yang taatkan segala perintah Allah, segala perintah Rasulullah dan segala perintah ummi dan abba. Jadilah seorang anak yang pintar dan cerdik dan suatu hari nanti menjadi tempat kami bergantung harap di dunia dan di akhirat... ~ amin ~

Care to comment?


Wednesday, 23-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Seharian bercuti di rumah kak geena..

baby ali-titipan dari notebook abang mdnoor
aksi muhammad ali hassan
aksi muhammad aleef danial
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari cuti umum untuk semua. tak banyak yang nak diceritakan. sekadar ingin berkongsi satu cerita. seminggu yang lalu saya diserang muntah-muntah dan cirit-birit yang agak teruk. ke klinik di salak tinggi untuk scan kedudukan baby. mulanya niat di hati sekadar ingin suka-suka, almaklum la dah alang-alang sampai ke klinik tu. terkejut saya, bila doktor cakap baby breech. Masya Allah!! sungguh saya terkejut. perasaan masa tu bercampur baur. takut, risau, susah hati, sedih!! kandungan dah mencecah 34 minggu. dikhabarkan oleh Doktor, baby boleh kembali ke kedudukan normal. masih ada masa - katanya. saya berserah pada Allah dan ketentuanNya. semalam - 22 januari 2008, saya ke klinik kesihatan putrajaya buat cek up bulanan macam biasa. alhamdulillah semuanya normal. hb normal. berat pun ok. tak naik banyak sangat... cuma naik 700gram. kesan dari cirit-birit dan muntah-muntah seminggu terdahulu agaknya. tapi,... saya ceritakan apa yang doktor di klinik swasta khabarkan pada saya... saya buat ultrasound. dan.. memang sah!! baby breech. saya dirujuk ke hospital putrajaya. dan tarikh temujanji adalah pada 14 februari 2008. aduhai!! lamanya!! saya pujuk hati. apapun yang berlaku sekarang saya redha dan pasrah. mungkin ini ada hikmah tersembunyi yang saya sendiri tak boleh nak agak. apa yang penting sekarang adalah keselamatan baby dalam kandungan dan keselamatan saya sendiri. apa yang penting sekarang adalah kesihatan dan keselamatan kami... namun jauh di sudut hati, saya tetap mengharapkan keajaiban dari Allah bakal berlaku dalam masa tak kurang lagi 30 hari dari tarikh yang dijangka saya akan melahirkan.






Hai.welcome to dunia fp..amboi suka berkarya noo.salam perkenalan dr zai Intel...Boring2 tu ushar2 lerr fp zai plak na.... Wed 23-Jan-2008 15:53
Posted by:zai Kulim zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Saturday, 17-Nov-2007 14:49 Email | Share | | Bookmark
Trip ke Bandung



Tak der apa yang nak ditulis... mulanya picture ke bandung pun tak nak publish, orang tu kata kat kita... 'saja nak citer satu mesia ke'.. huhu... gambar itu bisa menceritakan segalanya..

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.